Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ORDINAN DARURAT DIBAHAS DALAM PARLIMEN SEPTEMBER DEPAN – MUHYIDDIN

DALAM NEGARA

ORDINAN DARURAT DIBAHAS DALAM PARLIMEN SEPTEMBER DEPAN – MUHYIDDIN

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Suatu usul untuk membahas dan mengungkaikan ordinan-ordinan darurat akan dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada bulan September 2021.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berkata, usul itu selaras dengan titah pandangan Yang di-Pertuan Agong dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya usul itu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok diharapkan dapat menyelesaikan polemik berkaitan pembatalan ordinan-ordinan darurat secara harmoni dan berperlembagaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa proses pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang disembah nasihat oleh Jemaah Menteri pada 23 Julai 2021 tidak dapat disempurnakan.

“Dengan berakhirnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pembatalan ordinan-ordinan darurat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak lagi berbangkit,” katanya dalam kenyataan hari ini. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading