PADAH PONTENG SEKOLAH, PELAJAR MELECUR DI BAHAGIAN BELAKANG BADAN

UTTAR PRADESH: Sekumpulan pelajar yang bertindak ponteng sekolah terima padah apabila salah seorang daripada mereka terbakar dan melecur pada bahagian belakang tubuh ketika sedang bermain di dalam hutan.

Kejadian yang berlaku di Bijnor, India dipercayai berlaku apabila mereka ponteng dari sekolah dan merayau-rayau di dalam hutan untuk bermain bom petrol buatan sendiri.

Semasa leka membaling bom petrol tersebut, ia terkena pada tangan salah seorang pelajar dan bajunya telah terbakar.

Bagaimanapun mangsa berjaya memadamkan api tersebut namun mengalami kecederaan parah pada bahagian belakang tubuh mangsa.

Video kejadian tular di media sosial dan pihak sekolah telah mengambil tindakan membuang pelajar tersebut dari sekolah kerana telah melakukan kesalahan besar.

Pihak keluarga juga dimaklumkan perkara tersebut dan pihak polis tempatan sedang membuat siasatan lanjut berhubung insiden terbabit.–AlHijrah Online

Leave a Reply