PAKISTAN LANCAR “OPERASI BUNYAN-UN-MARSOOS” SUSULAN SERANGAN INDIA KE ATAS PANGKALAN UDARA
Pakistan pada awal Sabtu mengumumkan telah melancarkan “Operasi Bunyan-un-Marsoos” yang menyasarkan beberapa lokasi di seberang sempadan, susulan serangan udara India ke atas beberapa pangkalan udara utama negara itu.
Tangkap layar daripada video “operasi Bunyan-un-Marsoos” yang telah tular di media sosial
NEW DELHI: Pakistan pada awal Sabtu mengumumkan telah melancarkan “Operasi Bunyan-un-Marsoos” yang menyasarkan beberapa lokasi di seberang sempadan, susulan serangan udara India ke atas beberapa pangkalan udara utama negara itu.
Beberapa kawasan di Kashmir yang ditadbir India serta negeri barat laut India dilaporkan menjadi sasaran serangan Pakistan.
Letupan dilaporkan kedengaran di Jammu, Srinagar, Rajouri, Poonch dan Jalandhar, menurut laporan media India.
Agensi berita India ANI melaporkan Pakistan menyasarkan 26 lokasi.
Media Pakistan yang memetik sumber tentera melaporkan negara itu telah memusnahkan tapak simpanan peluru berpandu BrahMos di kawasan Beas serta menyerang pangkalan udara Udhampur dan Pathankot.
Sebelum itu, Pakistan mendakwa India telah melancarkan peluru berpandu ke atas pangkalan udaranya di Noor Khan, Shorkot dan Murid, namun sistem pertahanan udara Pakistan telah “menumpaskan” serangan tersebut.
Tiada korban jiwa atau kerosakan dilaporkan, menurut kenyataan kerajaan.
“India kini perlu bersiap sedia menghadapi tindak balas Pakistan,” menurut kenyataan itu sebelum bermulanya “Operasi Bunyan-un-Marsoos”.
Serangan terkini oleh India dan Pakistan ini mencetuskan peningkatan ketegangan berbahaya dalam situasi ketenteraan yang sudah pun rapuh di Asia Selatan.
Sementara itu, gesaan antarabangsa agar konflik dihentikan semakin meningkat.
Menteri luar G7 yang terdiri daripada Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Britain dan Amerika Syarikat serta wakil tinggi Kesatuan Eropah bagi hal ehwal luar pada Jumaat menyatakan kebimbangan terhadap konflik India-Pakistan dan ancaman yang dibawanya kepada kestabilan serantau.
“Kami menggesa agar ketegangan segera diredakan dan menggalakkan kedua-dua negara menjalinkan dialog secara langsung demi mencapai penyelesaian damai. Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan menyatakan sokongan kepada penyelesaian diplomatik yang pantas dan berkekalan,” menurut kenyataan G7 itu.
Menteri Luar Arab Saudi Adel Al Jubeir, berada di Pakistan pada Jumaat bagi membincangkan situasi serantau, sehari selepas mengadakan lawatan ke New Delhi.
“Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Arab Saudi untuk meredakan ketegangan, menamatkan konfrontasi ketenteraan yang sedang berlangsung dan menyelesaikan semua pertikaian melalui dialog serta saluran diplomatik,” menurut Kementerian Luar Arab Saudi. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests