Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PARLIMEN DIJANGKA KEMBALI BERSIDANG PADA SEPTEMBER

DALAM NEGARA

PARLIMEN DIJANGKA KEMBALI BERSIDANG PADA SEPTEMBER

KUALA LUMPUR: Parlimen akan bersidang semula pada September atau Oktober ini, dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau memberi komitmen bahawa sidang Parlimen akan berlangsung semasa tempoh fasa ketiga dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Ini pendirian saya daripada awal bahawa sistem demokrasi Parlimen boleh berfungsi semula pada masa sesuai, iaitu setelah kes COVID-19 terkawal dan kita hampir mencapai imuniti berkelompok.

“Saya akan terus mendokong sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan,” katanya pada Perutusan Khas Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.

Muhyiddin mengingatkan agar semua pihak tidak menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga menganggu kelancaran tugas utama kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading