PEJABAT TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI NAFI BERITA PALSU

Tun Abdullah pada Januari 2018

KUALA LUMPUR: Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi menyangkal perkhabaran palsu tentang tahap kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

Dalam satu kenyataan, pegawai khas kepada Tun Abdullah, Dato Jefridin Haji Atan memaklumkan, Tun Abdullah berada dalam keadaan sihat walafiat dan kini berada di samping keluarga.

Tular di media sosial perkhabaran kononnya Perdana Menteri Malaysia kelima itu meninggal dunia petang tadi.

Pejabat Tun Abdullah, kata Dato Jefridin kesal dengan penularan berita palsu dan berharap masyarakat sentiasa mendapatkan kesahihan sesuatu berita daripada pihak yang berautoriti.

Sumber: Instagram kamal_ab

Sementara itu, satu catatan di akaun Instagram kamal_ab milik anak Perdana Menteri kelima itu memaparkan Tun Abdullah sedang menonton rancangan sukan F1 di rumah.

Posting di Instagram berkenaan dimuat naik sekitar jam 9 malam tadi. – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi

Leave a Reply