Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR OKU MAUT MOTOSIKAL DITUNGGANG BERTEMBUNG KERETA

DALAM NEGARA

PELAJAR OKU MAUT MOTOSIKAL DITUNGGANG BERTEMBUNG KERETA

MELAKA: Seorang pelajar orang kurang upaya (OKU) maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Klebang Besar di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian pada 2.30 pagi itu, remaja OKU masalah pembelajaran berusia 17 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman. 

Beliau berkata pemandu kereta jenis Toyota Vios berusia 35 tahun yang merupakan penjawat awam di Selangor, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila motosikal Yamaha 135 LC yang ditunggang mangsa dari Klebang menghala ke Batang Tiga memasuki laluan kereta Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan, lalu bertembung selepas kereta tersebut gagal mengelak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati lesen pemandu kereta Toyota Vios itu telah tamat tempoh pada 17 Jan lepas, manakala remaja OKU tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal yang ditunggang juga tamat tempoh pada 8 Nov 2022.

Menurutnya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kenderaan terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan lanjut. — AlHijrah Online

SUMBER: BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading