PENERIMA SARA DIMINTA BUAT LAPORAN POLIS JIKA MYKAD DISALAH GUNA – SAIFUDDIN
Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mendapati MyKad mereka disalah guna diminta segera membuat laporan polis bagi membolehkan baki bantuan dikembalikan.
PUTRAJAYA: Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mendapati MyKad mereka disalah guna diminta segera membuat laporan polis bagi membolehkan baki bantuan dikembalikan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata baki sumbangan akan dipulangkan kepada penerima yang terlibat selepas siasatan mengesahkan penyalahgunaan tersebut.
Beliau berkata Kementerian Kewangan (MOF) bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian serta memastikan hak penerima dikembalikan selepas laporan polis dibuat.
“SARA ialah hak rakyat, dan kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana penerima yang layak teraniaya akibat isu teknikal atau penyalahgunaan identiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Saifuddin Nasution berkata JPN dan MOF kini bekerjasama menyelesaikan isu teknikal berkaitan pengesahan dan keselamatan MyKad bagi memastikan penyaluran subsidi bersasar seterusnya dapat dijalankan tanpa masalah.
Antara langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan termasuk pemadanan data MyKad secara berkala, semakan versi kad bagi mengelak penebusan palsu serta peningkatan keselamatan infrastruktur digital JPN.
“Kerajaan MADANI komited memastikan pelaksanaan subsidi bersasar berjalan secara telus, selamat dan adil. KDN bersama MOF terus menambah baik sistem pengesahan identiti dan keselamatan data agar setiap sen bantuan disalurkan kepada rakyat yang layak — tanpa gangguan, penyelewengan atau kehilangan hak,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked