Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENINGKATAN KES KORONAVIRUS DI IRAQ, LUBNAN DAN MESIR

DUNIA

PENINGKATAN KES KORONAVIRUS DI IRAQ, LUBNAN DAN MESIR

ISTANBUL: Pegawai kesihatan di Iraq, Lubnan dan Mesir mengumumkan pada Sabtu terdapat peningkatan dalam kes koronavirus di negara terbabit, demikian laporan agensi berita Anadolu hari ini.

Mesir berkata virus dikenali sebagai COVID-19 itu dikesan pada 33 individu di atas sebuah kapal pelancong di selatan negara terbabit.

Menteri Kesihatan Mesir, Hala Zayed berkata keputusan ujian dilakukan kepada 171 penumpang menunjukkan 33 individu positif virus itu tetapi tiada tanda-tanda gejala penyakit yang jelas.

Oman pula bertindak menangguhkan semua penerbangan ke Mesir selama sebulan kerana ancaman virus itu.

Jumlah kes koronavirus dilaporkan meningkat di Lubnan dari enam kes kepada 28 individu dijangkiti.

Di Iraq, jumlah mereka yang didiagnos dengan koronavirus kekal pada 56 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Iraq, COVID-19 dikesan pada wanita berusia 49 tahun dari Iran selepas ujian saringan dilakukan kepada 72 individu.

Kes kedua pula dikesan di Erbil, utara Iraq.

Kementerian terbabit pada Jumaat mengesahkan empat individu meninggal dunia akibat virus itu. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading