PENJAWAT AWAM DIDAKWA GUNA JAWATAN UNTUK DAPATKAN SUAPAN
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan menerusi sebut harga sebuah syarikat yang dia mempunyai kepentingan pada tiga tahun lepas.
JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menggunakan jawatan untuk mendapatkan suapan menerusi sebut harga sebuah syarikat yang dia mempunyai kepentingan pada tiga tahun lepas.
Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Mersing Nurul Syahirah Omar, 31, sebagai individu berkepentingan dalam Amir Barakah Enterprise didakwa mengemukakan sebut harga syarikat itu keseluruhan berjumlah RM13,480.20 menerusi dokumen Borang Kajian Pasaran untuk melaksanakan pelbagai tujuan.
Menerusi dokumen tersebut, ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun itu didakwa melaksanakan pembekalan alat ganti kenderaan iaitu Nissan, pembekalan alat ganti kelengkapan pejabat dan pembekalan alat ganti serta pembaikan kenderaan jabatan.
Selain itu, menerusi dokumen itu juga dia didakwa melaksanakan penyelenggaraan alat kelengkapan penyiaran dan perhubungan, pembekalan alat ganti kelengkapan elektrik dan elektronik serta penyelenggaraan kenderaan penumpang.
Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan antara Ogos hingga November 2020 di Pejabat JPS Daerah Mersing.
Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun serta denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan dan syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap sebulan sekali di Pejabat SPRM di sini.
Mahkamah menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nik Lokman Hakim Nik Mohd Nor, manakala peguam Muhammad Faizzudin Abd Ra’fik mewakili tertuduh.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked