PERDANA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Kredit FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerima kunjungan hormat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.

Dalam pertemuan di Pejabat Perdana Menteri itu, Anwar diberi taklimat berhubung hal ehwal agama terkait pertanyaan dan pengurusan fatwa kepada masyarakat.

“Turut dibincangkan adalah mengenai perkembangan dan penambahbaikkan ilmu falak serta kemudahan balai cerap dalam negara.

“Saya juga diberi penerangan daripada beliau mengenai perancangan program sempena sambutan jubli emas Pejabat Mufti Wilayah pada tahun depan,” kata Anwar menerusi catatan di Facebooknya.

Sementara itu menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam pertemuan semalam perdana menteri melahirkan harapan agar institusi Mufti dan kefatwaan memainkan peranan dalam memperkasakan pembangunan insan dan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat sejajar dengan konsep Malaysia Madani.

Kunjungan hormat semalam turut disertai Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan. — AlHijrah Online

Leave a Reply