PERHIMPUNAN DI IBU NEGARA SABTU INI: POLIS TERIMA 60 LAPORAN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 60 laporan polis dari seluruh negara setakat Rabu lepas, berhubung perhimpunan yang dijadual berlangsung Sabtu ini di ibu negara.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 60 laporan polis dari seluruh negara setakat Rabu lepas, berhubung perhimpunan yang dijadual berlangsung Sabtu ini di ibu negara.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata perhimpunan tersebut dijangka disertai antara 10,000 hingga 15,000 peserta, membabitkan gabungan badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa serta masyarakat awam.
Beliau berkata peserta dijangka akan berkumpul di lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan sebuah kompleks beli-belah di ibu negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.
“Bagi memastikan keselamatan pengguna perkhidmatan awam di tahap maksimum, pihak pengendali perkhidmatan awam dan pihak polis akan ditambah di beberapa stesen yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamed Usuf berkata antara stesen yang terlibat termasuk Stesen LRT KL Sentral, Masjid Jamek, Pasar Seni, Dang Wangi, Plaza Rakyat dan Bandaraya; serta Stesen MRT dan Monorail seperti Muzium Negara, Merdeka, Bukit Bintang, Imbi, Raja Chulan, Bukit Nanas, Medan Tuanku dan Chow Kit.
Beliau berkata pihaknya menjangkakan akan berlaku kesesakan jalan raya menghala ke pusat bandar berikutan pertambahan jumlah peserta perhimpunan memasuki kawasan yang terlibat, namun tiada penutupan jalan akan dilaksanakan.
“Penganjur dan peserta dinasihatkan mematuhi semua peraturan serta undang-undang sedia ada semasa berhimpun, selaras dengan hak-hak kebebasan berhimpun secara aman yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan tersebut hendaklah digunakan secara baik dan berhemah,” katanya.
Mohamed Usuf berkata antara larangan semasa perhimpunan termasuk membawa senjata atau objek tajam, mercun atau suar, sepanduk provokatif, ucapan berunsur fitnah, membawa kanak-kanak dan tindakan melawan arahan pihak berkuasa.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan yang mencetuskan kekacauan, rusuhan atau provokasi melampau,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan.
Pada 18 Julai, Mohamed Usuf dilaporkan berkata pihaknya sudah menerima pemakluman penganjuran perhimpunan itu yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi daripada penganjur.
Susulan itu, polis menugaskan lebih 2,000 anggota bagi kawalan keselamatan perhimpunan terbabit yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked