Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“PERJANJIAN ABAD INI”, PALESTIN BERI AMARAN TERHADAP ISRAEL, AS

DUNIA

“PERJANJIAN ABAD INI”, PALESTIN BERI AMARAN TERHADAP ISRAEL, AS

RAMALLAH: Pucuk pimpinan Palestin pada Khamis berikrar untuk tidak mengiktiraf pelan damai Timur Tengah, pelan yang pernah ditolak sebelum ini dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap pengumuman perjanjian itu, lapor agensi berita Anadolu.

Jurucakap Presiden Palestin Nabil Abu Rudeinah berkata dalam satu kenyataan, kepemimpinan Palestin menolak sebarang langkah oleh AS yang melanggar undang-undang antarabangsa, lapor agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

“Sekiranya perjanjian yang ditolak itu diumumkan, kepemimpinan akan mengumumkan beberapa langkah untuk melindungi hak kami dan menuntut Israel bertanggungjawab penuh sebagai pihak yang menduduki,” kata Rudeinah.

Beliau memberi amaran kepada Israel dan pentadbiran AS untuk tidak melangkaui mana-mana garisan merah.

Beliau juga menyeru agar pendudukan Israel tehadap Palestin sejak 1967 ditamatkan.

Rudeinah berkata, sebuah negara Palestin yang bebas perlu diwujudkan dan Baitulmaqdis Timur harus diiktiraf sebagai ibu negara.

Terdahulu, Rumah Putih pada Khamis berkata Presiden Donald Trump mempelawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan saingan politiknya Benny Gantz untuk melawat Washington pada Selasa, ketika laporan mengatakan AS akan mendedahkan pelan damai Timur Tengah. Pelan itu juga dikenali sebagai “perjanjian abad ini”. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading