PERKARA BERKAITAN PRU15 AKAN DIBINCANG DALAM KABINET RABU INI
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini, selain perkembangan ekonomi negara.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini, selain perkembangan ekonomi negara.
Beliau berkata memandangkan Rabu ini terdapat Mesyuarat Kabinet sebelum beliau berlepas ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), mungkin perbincangan berkaitan PRU15 itu dengan Kabinet boleh diadakan terlebih dahulu sebelum pertemuan “Top Five” UMNO bagi membincangkan perihal PRU15.
Ismail Sabri berkata Mesyuarat Kabinet mempunyai wakil pelbagai parti termasuk UMNO, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bersatu bagi membolehkan hal berkaitan PRU15 dibincangkan.
“Kabinet ada wakil parti Bersatu, GPS dan UMNO, kita akan bawa (hal PRU) dalam (mesyuarat) Kabinet,” katanya ketika ditanya media adakah perkara berkaitan PRU akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet, selepas melancarkan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 di sini hari ini.
Mengikut Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan itu.
Ismail Sabri berkata beliau masih belum mengadakan pertemuan dengan Top Five UMNO bagi membincangkan hal berkaitan PRU15.
“Dari segi PRU, waktu perhimpunan Barisan Nasional saya ada sebut PRU akan diadakan dalam waktu terdekat… beri masa dan tunggulah sehingga saya jumpa Top Five dan Presiden UMNO,” katanya.
Top Five merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri.
Ditanya bila pertemuan dengan Top Five akan dilakukan, Ismail Sabri berkata kebiasaanya pertemuan itu akan dibuat sebelum Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 30 Sept ini.
“Biasanya kalau MT malam, petang itu Top Five dan biro politik sekali tetapi saya belum dapat tarikh lagi tetapi MT telah ada tarikh iaitu 30 Sept malam. Mungkin petang itu kita (Top Five) akan bincang,” katanya.
Sabtu lepas, Ismail Sabri pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN berkata tarikh pembubaran parlimen akan diumumkan tidak lama lagi, untuk memberi laluan kepada PRU15.
Mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta PRU diadakan segera jika Perdana Menteri gagal menguruskan ekonomi negara, Ismail Sabri berkata kerajaan mempunyai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menjaga hal ehwal ekonomi.
“Dari segi ekonomi, Mustapa ada dengan saya yang uruskan ekonomi, kita juga ada Majlis Pemulihan Negara (MPN) dipengerusikan Muhyiddin. Jadi tanggungjawab ini tanggungjawab bersama… kalau gagal bermakna semua gagal… MPN pun gagal,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin dalam catatan di Facebook miliknya berkata jika Ismail Sabri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager