Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERKHIDMATAN TAJUDDIN SEBAGAI PENGERUSI PRASARANA DITAMATKAN

DALAM NEGARA

PERKHIDMATAN TAJUDDIN SEBAGAI PENGERUSI PRASARANA DITAMATKAN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dengan serta merta.

Surat tamat perkhidmatan yang ditandatangani Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut tular di media sosial hari ini.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa serta merta.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri Tajuddin berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif,” kata surat tersebut.

Media melaporkan pegawai Kementerian Kewangan yang dihubungi mengesahkan surat tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading