Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PESAWAT CHINA TERHEMPAS: KOTAK HITAM KEDUA BERJAYA DIJUMPAI

DUNIA

PESAWAT CHINA TERHEMPAS: KOTAK HITAM KEDUA BERJAYA DIJUMPAI

NANNING: Kotak hitam kedua pesawat China Eastern Airlines yang terhempas pada Isnin di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China berjaya dijumpai pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua, memetik kenyataan ibu pejabat tindak balas kecemasan negara.

Pesawat Boeing 737 yang berlepas dari Kunming di barat daya China, dalam perjalanan menuju ke Guangzhou, terhempas di kawasan pergunungan daerah Tengxian, Guangxi, pada 2.38 petang Isnin.

Kesemua 132 penumpang dan anak kapal disahkan terkorban.

Kotak hitam pertama, dipercayai perakam suara bahagian kokpit berjaya ditemukan pada Rabu.

Kerja-kerja memuat turun dan menganalisis data dari kotak hitam pertama kini giat dijalankan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading