Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT DIPERCAYAI JATUH BANGUNAN

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT DIPERCAYAI JATUH BANGUNAN

Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Bandar Tun Razak, di sini semalam.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Bandar Tun Razak, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima maklumat melalui panggilan kecemasan jam 11.10 pagi.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Salak Selatan dikerahkan ke tempat kejadian dan mendapati mangsa berusia 75 tahun dalam keadaan terbaring di lobi kondominium itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang hadir di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden yang berlaku,” katanya.

Keterangan waris mangsa dan saksi di tempat kejadian diambil bagi membantu siasatan sementara mayat telah dihantar ke HCTM untuk dibedah siasat.

Tambah Idzam Jaafar, ujian saringan mendapati mangsa positif COVID-19.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi Ketua Polis Balai Salak Selatan Inspektor Muhd Arfizan di talian 03-77822222 atau mana-mana balai yang berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading