Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AMRAN TOMPEL MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

AMRAN TOMPEL MENINGGAL DUNIA

Pelakon veteran, Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel telah meninggal dunia, petang tadi.

Pemergian Allahyarham yang merupakan anak kepada Aman Ramli Jaafar atau AR Tompel itu dilapor telah disahkan oleh ahli keluarganya.

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Amran Aman Ramlie atau lebih dikenali sebagai Amran Tompel telah meninggal dunia, petang tadi.

Pemergian Allahyarham yang merupakan anak kepada seniman tersohor, Aman Ramli Jaafar atau AR Tompel itu dilapor telah disahkan oleh ahli keluarganya.

Allahyarham yang berusia 72 tahun itu merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor Armaya Aman Ramlie (AR Badul) dan Adlin Aman Ramlie.

Menurut AR Badul yang merupakan abang Allahyarham, arwah adiknya dimaklumkan tamat tempoh berkuarantin pada hari ini.

“Kematiannya berpunca dari sakit tua, masalah buah pinggang dan baru-baru ini Amran positif COVID-19 dan jalani kuarantin.

“Hari ini hari terakhir kuarantin dan tak sangka dia sudah tiada,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Sebelum ini, Allahyarham mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar sehingga menyebabkan dia kurang selera makan yang mengakibat berat badannya semakin menurun.

Pada awal Mac 2020, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak namun dibenarkan pulang selepas empat hari ditahan di hospital.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading