POLIS BERKAS INDIVIDU MILIKI 15 PERMIT RENTAS NEGERI PALSU

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki diberkas polis selepas dipercayai memiliki dokumen permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) palsu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar berkata, suspek ditahan pada jam 6.10 di hadapan sebuah stesen minyak, Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, semasa anggota Balai Polis Sri Petaling melakukan rondaan di lokasi tersebut.

“Siasatan awal dijalankan suspek dilihat memandu sebuah kereta jenis Honda City dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan dijalankan menemukan 15 keping dokumen permit pergerakan PKPB dipercayai palsu yang mempunyai tandatangan dan cop balai polis,” katanya.

Anuar mengulas, tindakan memalsukan permit pergerakan PKPB atas tujuan yang bertentangan dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Suspek kini direman empat hari bagi siasatan lanjut serta kes disiasat di bawah Seksyen 22(d) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021.–AlHijrah Online

Leave a Reply