Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN SUSPEK TERLIBAT KES PENEMUAN PULUHAN BANGKAI KUCING

DALAM NEGARA

POLIS KESAN SUSPEK TERLIBAT KES PENEMUAN PULUHAN BANGKAI KUCING

Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 Mac lepas.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, di sini, pada 11 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas dan telah pun membuka berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.

“Saya mengesahkan telah menerima laporan polis daripada pemilik rumah sewa berkenaan dan siasatan sedang dijalankan termasuklah mengenal pasti suspek terlibat,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Semalam Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun Facebooknya mendedahkan tentang penemuan puluhan  rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki berusia 31 tahun di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Perbuatan itu terbongkar selepas jiran-jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah itu.

Sehubungan itu MAA menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung perkara berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading