Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA TERSEPIT KERETA TERBABAS LANGGAR POKOK

DALAM NEGARA

REMAJA TERSEPIT KERETA TERBABAS LANGGAR POKOK

Seorang remaja berusia 18 tahun tersepit di bahagian pemandu selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok, di Jalan USJ 2/7, Subang Jaya, petang tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang remaja berusia 18 tahun tersepit di bahagian pemandu selepas kereta dipandunya terbabas lalu melanggar sebatang pokok, di Jalan USJ 2/7, Subang Jaya, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.15 petang sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Dilaporkan sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Seorang mangsa lelaki telah tersepit di bahagian pemandu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi rawatan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading