Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT DAKWAAN AKTIVITI JUDI DI PKRC MAEPS

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT DAKWAAN AKTIVITI JUDI DI PKRC MAEPS

SEPANG: Polis membuka kertas inkuiri berkaitan siasatan mengenai kegiatan judi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, susulan video yang tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof, kertas inkuiri itu dibuka selepas pihaknya menerima aduan berkenaan kegiatan tersebut yang melibatkan seorang anggota yang bertugas di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda, Sepang hari ini. 

“Kertas inkuiri ini dibuka bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut tentang kejadian tersebut selain untuk pemantapan pemeriksaan pesakit di MAEPS,” katanya hari ini. 

Terdahulu, video yang tular di media sosial beberapa hari lepas menunjukkan beberapa pesakit COVID-19 bermain daun terup dan orang ramai memberi respon tempat tersebut seperti mini kasino.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading