Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN PEMANDU MERCEDES-BENZ DISYAKI LANGGAR LARI MOTOSIKAL DI SPE

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN PEMANDU MERCEDES-BENZ DISYAKI LANGGAR LARI MOTOSIKAL DI SPE

Lelaki yang terselamat selepas kereta Mercedes-Benz GLE450 AMG Coupe dipandunya terbakar di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di Kuala Lumpur semalam, ditahan selepas disyaki terbabit dalam insiden langgar lari.

KUALA LUMPUR: Lelaki yang terselamat selepas kereta Mercedes-Benz GLE450 AMG Coupe dipandunya terbakar di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di sini semalam, ditahan selepas disyaki terbabit dalam insiden langgar lari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata permohonan reman terhadap lelaki berusia 34 tahun itu dibuat pada 10 pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 12.35 tengah hari itu, pemandu berkenaan dipercayai melanggar seorang lelaki yang menunggang Honda Vario 160 di KM8 SPE selepas Plaza Tol Chan Sow Lin.

Mohd Zamzuri berkata kejadian mengakibatkan penunggang motosikal itu tercampak ke atas jalan raya dan cedera parah pada bahagian kepala, muka dan perut.

“Pemandu itu tidak berhenti sebaliknya teruskan pemanduan ke arah Wangsa Maju sebelum kenderaannya terbakar di KM18.1 Lebuhraya SPE sebelum Plaza Tol Wangsa Maju setelah mengalami kebakaran bermula dari bahagian bonet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video memaparkan kenderaan mewah itu musnah terbakar dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju, SPE itu tular menerusi pelbagai platform media sosial sejak semalam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading