Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PROSES UNDI PARLIMEN PADANG SERAI, DUN TIOMAN BERMULA 8 PAGI

DALAM NEGARA

PROSES UNDI PARLIMEN PADANG SERAI, DUN TIOMAN BERMULA 8 PAGI

Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang bermula secara rasmi pada 8 pagi ini, melibatkan sejumlah 161,063 pengundi.

Gambar fail. Sumber BERNAMA

KUALA LUMPUR: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang bermula secara rasmi pada 8 pagi ini, melibatkan sejumlah 161,063 pengundi.

Daripada jumlah itu, 132,955 orang mengundi bagi Parlimen Padang Serai manakala 28,108 orang pengundi bagi DUN Tioman.

Bagi pengundian Parlimen Padang Serai, sebanyak 46 pusat mengundi dibuka melibatkan 230 saluran bermula 8 pagi hingga 6 petang.

Bagi DUN Tioman, 17 pusat mengundi dibuka melibatkan 52 saluran bermula 8 pagi hingga 6 petang.

PRU-15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M. Karupaiya dari Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman.

PRU-15 Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan saingan melibatkan calon PH, Barisan Nasional (BN), PN, Pejuang, Warisan dan Bebas. Bagaimanapun, BN bersetuju memberi laluan kepada PH di kerusi Parlimen itu pada 2 Dis lepas.

DUN Tioman pula menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang Bebas tetapi PH sudah menyatakan menarik diri daripada PRU berkenaan bagi tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading