Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

QATAR LANCAR JAMBATAN UDARA DARI JORDAN SALUR BANTUAN KE GAZA

DALAM NEGARA

QATAR LANCAR JAMBATAN UDARA DARI JORDAN SALUR BANTUAN KE GAZA

Qatar pada Isnin melancarkan jambatan udara untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Gaza.

DOHA: Qatar pada Isnin melancarkan jambatan udara dari Pangkalan Udara Raja Abdullah II di Jordan ke kawasan Al-Qarara di selatan Gaza Khan Younis untuk menyediakan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada penduduk Gaza, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Qatar.

“Sejak bermulanya gencatan senjata (Gaza), Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan. Hari ini, sebagai lanjutan jambatan darat ini, kami menyaksikan pelancaran dua penerbangan helikopter yang sarat dengan bekalan perubatan penting kepada Khan Younis,” kenyataan itu memetik Menteri Negara Qatar bagi Kerjasama Antarabangsa Maryam binti Ali bin Nasser Al Misnad sebagai berkata.

Qatar Charity dan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan juga menandatangani perjanjian untuk memudahkan aliran bantuan kemanusiaan Qatar melalui laluan darat melalui Jordan, tambah kenyataan itu.

“Qatar telah menyediakan 20,000 khemah, diangkut melalui jambatan darat dari Qatar ke Jordan. Kami bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Hashemite Jordan untuk menghantarnya kepada saudara kami di Gaza,” kata menteri Qatar itu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading