Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RANCANG INOVASI BAHARU AGAR PUSAT TAHFIZ TIDAK KETINGGALAN

DALAM NEGARA

RANCANG INOVASI BAHARU AGAR PUSAT TAHFIZ TIDAK KETINGGALAN

GAMBAR HIASAN OLEH AFP

PUTAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru kepada semua pengurusan dan pentadbiran institusi pendidikan Islam termasuk tahfiz untuk merancang inovasi baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata usaha itu selaras dengan norma baharu masa kini.

“Penggunaan kemudahan teknologi secara optimum amatlah perlu diberi perhatian bagi memastikan pendidikan tahfiz tidak ketinggalan.

“JAKIM percaya bahawa semua pihak terjejas dan terkesan dengan pandemik ini, namun usaha perlu dilakukan bersama untuk berani keluar dari kepompong keselesaan kepada perjuangan meneruskan kehidupan norma baharu termasuklah dunia pendidikan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung laporan media bertajuk “Institusi Tahfiz Terancam”.

Dalam pada itu katanya pandemik COVID-19 yang mula melanda negara sejak Mac 2020 sehingga kini telah memberi implikasi kepada semua pihak dan tidak terkecuali institusi pendidikan Islam termasuk pusat tahfiz.

Kerajaan persekutuan melalui JAKIM katanya sentiasa prihatin terhadap isu yang dihadapi oleh institusi-institusi pendidikan Islam ini.

“Maka peruntukan sebanyak RM21 juta bagi Bantuan Khas Impak Pandemik COVID-19 telah disedia dan diagihkan kepada institusi-institusi pendidikan Islam swasta berdaftar bagi tujuan bantuan sara hidup kepada guru dan bantuan pengurusan operasi institusi.

“Setiap guru menerima RM800 dan telah dimanfaatkan oleh 20,512 orang guru, manakala sebanyak 1,849 buah institusi pula menerima manfaat bantuan pengurusan institusi,” katanya.

Selain itu bantuan khas RM60 juta telah diagihkan kerajaan kepada 1066 buah institusi yang merangkumi 558 buah sekolah agama, 413 buah tahfiz dan 95 buah pondok bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf institusi.

Tambahnya Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Agama Negeri juga telah menyediakan peruntukan dan bantuan kepada guru-guru tahfiz dan institusi tahfiz di negeri masing-masing dalam jumlah peruntukan yang besar serta institusi zakat di negeri-negeri turut menghulurkan bantuan asasi kepada guru-guru tahfiz yang terjejas.

Abdul Aziz berkata Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri akan terus memberi perhatian sewajarnya kepada perkembangan pendidikan Islam termasuk tahfiz yang dikelola oleh pihak Kerajaan mahupun swasta agar usaha untuk melahirkan generasi al-Quran yang bakal mencorak masa depan negara yang cemerlang tidak terjejas. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading