Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RENTAS NEGERI SELEPAS 90 PERATUS POPULASI DEWASA DIVAKSIN

DALAM NEGARA

RENTAS NEGERI SELEPAS 90 PERATUS POPULASI DEWASA DIVAKSIN

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri jika kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar vaksinasi itu berdasarkan data dan analisis yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu Ismail Sabri memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi beberapa negeri-negeri, bermula 24 September.

“Negeri Sembilan akan beralih dari Fasa 3 kepada Fasa 4, Pahang beralih dari Fasa 2 kepada Fasa 3 dan Johor beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2.

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan Pelan Pemulihan Negara dengan mengambilkira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil ICU serta peratusan lengkap divaksinasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujar Ismail Sabri, keputusan tersebut juga dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: HANYA 9 PERATUS POPULASI DEWASA DIVAKSIN LAGI UNTUK RENTAS NEGERI – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading