Connect with us

ALHIJRAH NEWS

RINGGIT KEKAL DI BAWAH 4.00 BERBANDING DOLAR US PADA SEPARUH KEDUA 2016

DALAM NEGARA

RINGGIT KEKAL DI BAWAH 4.00 BERBANDING DOLAR US PADA SEPARUH KEDUA 2016

RM KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ringgit dijangka kekal di bawah paras 4.00 berbanding dolar US pada separuh kedua tahun ini, kata RHB Research. Ia berkata, ringgit dijangka kekal tidak menentu pada jangka terdekat, berikutan ketidaktentuan dasar kewangan AS, persekitran ekonomi global yang mencabar, kemungkinan penurunan nilai yuan China lagi dan kelemahan pegangan asing yang besar ke atas instrumen pendapatan tetap di negara ini. “Turun naik itu, bagaimanapun, dilihat lebih rendah berbanding tahun lepas berikutan penstabilan harga minyak serta ketidaktentuan politik domestik yang semakin reda,” katanya. RHB Research berkata, ringgit yang lebih kukuh pada awal Jun dipacu terutama oleh data pekerjaan AS yang lemah yang membawa kepada peningkatan jangkaan Rizab Persekutuan akan melewatkan kenaikan kadar faedah bulan ini. “Ini turut disokong penstabilan harga minyak mentah global pada sekitar US$50 setong,” katanya. Sementara itu dalam nota berasingan, Affin Hwang Capital berkata, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat sedikit iaitu US$0.1 bilion kepada US$97.3 bilion dalam dua minggu berakhir 31 Mei 2016. “Paras rizab telah stabil dalam tempoh dua bulan lalu sekitar US$97 bilion,” katanya. Affin Hwang Capital percaya kemampanan lebihan dagangan dan seterusnya lebihan akaun semasa akan terus menyokong paras rizab di negara ini, yang diunjur akan meningkat kepada kira-kira US$100 bilion menjelang akhir 2016. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading