KUALA LUMPUR: Hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenar beroperasi mulai 4 Mei ini (Isnin) tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat oleh pihak berkuasa.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan membuka semula sektor ekonomi dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan berdasarkan data dan kriteria oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, kerajaan memutuskan untuk membuka sektor ekonomi secara berhati-hati melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Dengan ini kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB.
“Sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan, kecuali beberapa aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 yang masih tidak dibenarkan.
“Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes positif COVID-19 yang tinggi,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja disiarkan stesen televisyen tempatan di sini hari ini.
Negara ketika ini kerugian sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan COVID-19.
Jumlah kerugian setakat ini dianggarkan sekitar RM63 bilion dan jika PKP berterusan bagi tempoh sebulan lagi, Malaysia dijangka rugi RM35 bilion, menjadikan keseluruhan kerugian RM98 bilion.
Perdana Menteri berkata beberapa industri atau perniagaan berisiko tidak dibenarkan beroperasi bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
“Saya katakan hampir semua kerana masih ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak diizinkan untuk beroperasi.
“Ini adalah perniagaan atau aktiviti melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal,” kata Muhyiddin merujuk kepada panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan, kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan serta persidangan dan pameran.
Perdana Menteri berkata aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan.
“Ini termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium,” katanya.
Muhyiddin berkata sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan.
“Jadi, saudara-saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton.
“Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan,” katanya.
Perdana Menteri menegaskan majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan, tidak dibenarkan.
“Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan,” kata Muhyiddin.
Perdana Menteti berkata perjalanan rentas negeri juga tidak dibenarkan, kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
“Perjalanan rentas negeri untuk balik kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan,” katanya.
Perdana Menteri berkata, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih belum dibuka.
Mengulas lanjut mengenai PKP, Muhyiddin turut menyifatkan disiplin semua pihak untuk bekerja dan duduk di rumah telah membuahkan hasil memberangsangkan.
“Pertama, kita telah mampu mempertingkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam untuk menangani jumlah pesakit COVID-19. InsyaAllah kita mempunyai sumber tenaga kerja, ruang katil di hospital, pusat kuarantin, ubat-ubatan, alat bantuan pernafasan atau ventilator, peralatan perlindungan diri dan makmal-makmal ujian yang mencukupi seandainya kadar jangkitan meningkat semula.
“Kedua, kita perlu terima hakikat bahawa dalam bulan-bulan mendatang ini, adalah mustahil untuk mana-mana negara mencapai angka sifar dalam jangkitan COVID-19.
“Yang perlu dilakukan ialah mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan awam untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Jadi, walaupun kita telah berjaya mengawal penularan COVID-19, jangan kita alpa,” kata Muhyiddin.
Perdana Menteri menasihatkan semua pihak sentiasa berwaspada, mengamalkan tabiat penjarakan sosial, sering membasuh tangan, memakai penutup hidung dan mulut di kawasan awam dan segera berjumpa doktor jika bergejala.
“Ketiga, kita mempunyai lebih banyak kawasan zon hijau berbanding zon merah. Ini juga adalah hasil usaha kerjasama saudara-saudari yang amat berdisiplin. Teruskan usaha ini agar kita dapat ‘menghijaukan’ lebih banyak kawasan terjejas secepat yang boleh,” kata Perdana Menteri.
Dalam perutusan khas itu, Muhyiddin turut merakamkan penghargaan dan ucapan selamat Hari Pekerja khususnya kepada para petugas barisan hadapan iaitu doktor, jururawat, polis, tentera, anggota RELA, imigresen, Angkatan Pertahanan Awam, APMM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua pekerja di sektor awam dan swasta.
“Saya juga ingin mengucapkan selamat Hari Pekerja kepada semua pimpinan dan ahli kesatuan-kesatuan sekerja termasuk pimpinan CUEPACS dan MTUC,” katanya.
Muhyiddin juga mengingatkan para pekerja dan majikan agar sentiasa mematuhi Akta Kerja 1955, Akta Perusahaan 1966 dan akta-akta perburuhan Kementerian Sumber Manusia. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests