Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SEKTOR SWASTA DIMINTA BENARKAN PEKERJA KELUAR MENGUNDI ESOK

DALAM NEGARA

SEKTOR SWASTA DIMINTA BENARKAN PEKERJA KELUAR MENGUNDI ESOK

13177838_956013187798799_8007490336445416023_n SUNGAI BESAR, 17 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta para majikan sektor swasta supaya membenarkan pekerja mereka keluar mengundi pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar, esok. Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abd Aziz Khalidin berkata majikan yang didapati menghalang pekerja mereka menunaikan tanggungjawab boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara setahun, jika sabit kesalahan. Beliau turut menasihatkan sebanyak 42,365 pemilih supaya keluar mengundi secara berperingkat mengikut kesesuaian masa masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelak kesesakan di 28 pusat mengundi. Katanya parti politik dan calon juga tidak dibenarkan membuka barung mahupun berkempen. “Hanya barung SPR sahaja dibenarkan dibuka pada hari mengundi bagi kemudahan pengundi-pengundi membuat semakan maklumat pengundian mereka,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja semakan peralatan mengundi di Dewan Seri Bernam di sini hari ini. SPR juga, katanya, meminta pengundi tidak memberikan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain petugas SPR kerana ia mungkin disalah guna pihak tertentu. PRK kawasan Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi; calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur dari parti Amanah. Kawasan Parlimen Sungai Besar mempunyai 42,655 pemilih berdaftar dengan pengundi biasa sebanyak 42,365 orang, pengundi awal (286) dan pengundi tidak hadir (4) kerana berada di luar negara. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading