Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEMUA KONSEP BAZAR RAMADAN TIDAK DIBENARKAN

DALAM NEGARA

SEMUA KONSEP BAZAR RAMADAN TIDAK DIBENARKAN

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan sebarang konsep perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu, tempah dan ambil serta e-hailing tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat  khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP selepas menimbang kesan yang akan berlaku sekiranya ia dilaksanakan. 

“Kalau kita wujudkan bazar contohnya, 50 bazar sekelompok dan e-hailing datang mengambil barang itu selepas menerima pesanan, ia tidak boleh dilakukan kerana bazar dan gerai seperti itu tidak dibenarkan.

“Tetapi perniagaan e-hailing biasa yang sekarang dilaksanakan dan hantar ke rumah, perkara itu diteruskan seperti biasa,” katanya pada sidang media harian PKP di sini, hari ini.  

Sebelum ini terdapat cadangan perniagaan makanan berkonsepkan tiga kaedah iaitu pandu lalu, bungkus dan ambil serta e-hailing sebagai alternatif menggantikan bazar Ramadan yang tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara bagi membendung penularan wabak COVID-19. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading