MEREKA dikenali sebagai Senoi Praaq dalam bahasa Semai, yang bermaksud orang perang. Ketangkasan pergerakan dalam hutan dan keupayaan membaca bahasa alam meletakkan mereka setaraf atau lebih unggul dari pasukan perisikan antarabangsa.
Pasukan ini mempunyai perjalanan sejarah yang panjang dalam keselamatan negara dan cerita tentang patriotism anak bangsa.
Semasa ditubuhkan pada tahun 1955, ia hanya dianggotai sepuluh pemuda Orang Asli suku Temiar yang diletakkan di bawah D Squadron SAS (Special Air Service). Tugas utama pada masa itu ialah menjejak dan menyekat kemaraan komunis. Selepas itu, unit ini diletakkan pula di bawah Jabatan Orang Asli.
Menghadapi komunis yang terkenal kejam dengan segala bentuk penyeksaan,
pemilihan Senoi Praaq adalah langkah bijak dan tepat. Selain kemahiran alami
kerana latar belakang kehidupan, seperti kepakaran mengunakan lembing, sumpit,
belantik atau jerangkap samar daripada buluh, mereka juga dilatih dengan ilmu
pertempuran gerila, taktik serangan pantas dan kejutan oleh SAS.
Gabungan kemahiran ini menjadikan Senoi Praaq suatu unit yang unik. Kemahiran itu diakui oleh pihak British sehingga pihak SAS menganugerahkan bere merun mereka kepada unit ini. Seterusnya Senoi Praaq diangkat sebagai pasukan elit oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tidak hairanlah apabila mereka mencipta nisbah rekod 16:1, di mana hanya
seorang terkorban bagi setiap 16 pengganas komunis yang terbunuh. Keupayaan
membunuh ini menimbulkan kegerunan yang bukan sedikit kepada komunis sehingga
mereka terkadang memilih berundur daripada bertempur dengan unit ini.
Kerana itulah pada suatu ketika, sekumpulan anggota Senoi Praaq yang sedang bercuti di kampung telah diculik oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka hanya dibenarkan pulang setelah PKM meletakkan senjata di Tanah Melayu.
Tugas unit ini masih terus diperlukan walaupun Tanah Melayu merdeka. Pada
tahun 1960, Senoi Praaq telah digerakkan ke selatan Thai untuk memujuk lebih
3,000 Orang Asli yang tinggal di sana sambil memburu Soo Ah Chye, seorang
pemimpin gerila PKM yang fasih bahasa Temiar, manakala pada tahun 1964, R.O.D
Noone bersama sekumpulan kecil anggota Senoi Praaq telah dihantar ke Vietnam
atas permintaan Presiden Ngo Dinh Diem.
Kehebatan Senoi Praaq diakui oleh CIA sehingga digelar “The Silent Killer”. FOTO ORANG PERAK
Mereka bertanggungjawab membentuk pasukan Montagnard Scouts dibawah MSP
(Mountain Scout Program) kendalian CIA (Central Intelligence Agency) dengan
kerjasama BRIAM (British Advisory Mission) sehingga digelar “The Silent
Killer” oleh CIA.
Namun mereka juga kadangkala menjadi mangsa pihak yang tidak berperi
kemanusiaan. Dalam buku ‘Death Waits in the Dark: The Senoi Praaq, Malaysia’s
Killer Elite’ menyatakan, Senoi Praaq ditinggalkan begitu sahaja di Laos
selepas digunakan secara rahsia untuk misi di sana. Ini terjadi apabila Amerika
Syarikat berundur dari Laos.
Mempunyai daya tahan dan ikhtiar yang tinggi, unit elit itu berjaya kembali ke Malaysia sambil bertempur dengan musuh di sepanjang jalan pulang. Ramai juga anggota Senoi Praaq yang terkorban dalam perjalanan ke tanah air itu.
Apabila bermulanya Darurat Kedua pada tahun 1968 ekoran kebangkitan
semula pemberontakan bersenjata komunis, Senoi Praaq telah diserap ke dalam
pasukan PDRM dan dikenali sebagai Batalion ke-10 PPH (Pasukan Polis Hutan) di
bawah naungan Briged Utara.
Pada masa inilah wira kebanggaan Senoi Praaq, Apot a/k Saad yang diberi
gelaran “Big Nose” menyertai unit ini dan kemudiannya diserap ke dalam komando
VAT 69. Kerana kehandalannya menjejaki pergerakan dan penempatan pengganas
Komunis dalam hutan belantara, beliau dihormati di kalangan tentera Komanwel
termasuk pasukan SAS dari New Zealand dan Australia, dan dianugerahkan pangkat
Sarjan Mejar.
Senoi Praaq Pasukan Gerakan Am semasa perarakan Hari Kebangsaan Malaysia ke-56.
Malangnya jasa besar Senoi Praaq tenggelam begitu sahaja setelah negara aman dari kekejaman komunis. Malahan pernah pula bere merun kebanggaan mereka ditarik balik oleh oleh PDRM, yang mengakibatkan mereka yang pernah berkhidmat dalam unit ini berasa sangat terkilan dan terpinggir.
Bere ini kemudiannya diserahkan kembali kepada kedua-dua batalion Senoi Praaq ini. Batalion 19 PPH kini dikenali sebagai BN 3 PGA dan BN 20 PPH dikenali sebagai BN 18 PGA.
Justeru itu tindakan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengerah dua batalion Polis Gerakan Am dari Senoi Praaq untuk membantu Jabatan Perhilitan membanteras kegiatan pemburu haram yang membunuh hidupan liar terutamanya harimau Malaya sangat tepat dan merupakan satu penghormatan serta pengiktirafan kepada bakti Senoi Praaq.
“Jadi dengan adanya satu batalion Senoi Praaq, ia
sedia membantu Jabatan Perhilitan yang selama ini saya dengar amat tercabar
sekali tugasan mereka, di dalam hutan.
“Nyawa mereka diancam oleh kumpulan pemburu haram dari luar negara yang begitu berani dan ganas. Kita akan guna kuasa untuk menembak mereka jika ada keperluan,” katanya selepas menghadiri Global Tiger Day 2019 dan Pelancaran Kempen Selamatkan Harimau Malaya 2019-2020, di Putrajaya Isnin lalu.
Keterlibatan Senoi Praaq dalam tugas mencabar ini sedikit sebanyak adalah usaha memperkenalkan semula unit ini kepada orang ramai agar mereka sedar kedamaian yang sedang dinikmati selama ini adalah hasil pengorbanan dari wira-wira yang jarang didendang namanya ini.
*ROZAIS AL-ANAMY adalah penulis sastera dan penulis bebas di akhbar, majalah dan portal di Malaysia.
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked