ARAU: Solat Sunat Aidiladha di Perlis akan dilaksanakan di tanah lapang di perkarangan masjid selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkenan itu diberikan setelah meneliti perkembangan semasa penularan pandemik COVID-19 di seluruh negara dan negeri serta kebenaran aktiviti mengimarahkan masjid ketika Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Solat Aidiladha di seluruh Perlis dilaksanakan di tanah lapang (musolla) pada jam 8.00 pagi. Tanah lapang berkenaan adalah di perkarangan masjid, tertakluk kepada ketetapan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid masing-masing di seluruh Perlis.
“Pelaksanaan ini selaras dengan sunnah baginda Rasulullah SAW selain dapat mengurangkan risiko jangkitan dibandingkan solat yang ditunaikan di tempat tertutup.
“Bilangan jemaah yang dibenarkan adalah berdasarkan kepada kapasiti saiz kawasan lapang,” titah baginda dalam kenyataan hari ini.
Tuanku Syed Faizuddin turut menitahkan solat sunat Aidiladha di Perlis akan dilakukan sebanyak dua sesi iaitu sesi satu pada jam 8 pagi dan sesi dua pukul 9 pagi.
Hal itu bagi memberi peluang lebih ramai menunaikan ibadah tersebut.
“Sekiranya keadaan cuaca yang tidak bersesuaian seperti hujan lebat, maka solat akan dilaksanakan di dalam masjid dengan kapasiti saiz masjid mengikut SOP sedia ada pada jam 8.30 pagi.
“Jemaah yang tidak terpilih menyertai solat berkenaan perlu mengalami penyuraian dan pulang untuk menunaikan solat Aidiladha di rumah masing-masing bersama ahli keluarga selaras dengan ketetapan dan risalah khutbah yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis,” titah baginda.
Tempoh pelaksanaan Solat Aidiladha dan Khutbah adalah diringkaskan dan selaras dengan ketetapan syarak, sebahagian jemaah boleh terus pulang ke rumah selepas menunaikan Solat Aidiladha tanpa perlu mendengar khutbah.
Titah Raja Muda Perlis, solat Aidiladha di mana-mana surau atau dewan orang ramai tanpa kelulusan pihak berkuasa agama tidak dibenarkan bagi mengurangkan risiko serta demi penyelarasan oleh pihak-pihak berkaitan.
Baginda bertitah, jemaah perlu mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka dengan digalakkan memakai dua pelitup muka serta ditambah baik dengan pemakaian bersama pelindung muka, mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter pada setiap masa.
Tuanku Syed Faizuddin juga bertitah warganegara dan bukan warganegara dibenarkan untuk menyertai semua aktiviti pengimarahan Aidiladha kecuali mereka yang berstatus individu dalam pemantauan (PUI) dan mereka yang terlibat dengan aktiviti rentas sempadan atau negeri sama ada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran termasuk yang berulang alik bekerja pada setiap hari. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked