SOP AKTIVITI IBADAH DI MASJID, SURAU SEPANJANG RAMADAN DIUMUMKAN DALAM MASA TERDEKAT

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) semua aktiviti ibadah di masjid serta surau sepanjang Ramadan akan diperinci dan diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyelaraskan SOP bagi Wilayah Persekutuan manakala negeri lain ditentukan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

“Saya melihat ibadah bulan Ramadan hampir sama dengan solat-solat yang lain kecualilah mungkin ada sedikit perubahan kecil yang akan dilihat dari semasa ke semasa,” katanya selepas merasmikan Akaun Emas YaPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia) atau Akaun SERY, di sini.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran untuk mengadakan solat sunat Tarawih di masjid sepanjang bulan Ramadan yang bermula 13 April ini.—AlHijrah Online

Leave a Reply