Tag Archives: kementerian luar negeri

KONFLIK PALESTIN-ISRAEL: MALAYSIA KEMUKAKAN HUJAHAN LISAN DI ICJ PADA 22 FEB

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Pendengaran Awam bagi mendapatkan Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Kesan Perundangan yang timbul daripada Dasar dan Amalan Israel di Wilayah Pendudukan Palestin, termasuk Baitul Maqdis Timur, yang akan diadakan di Peace Palace, The Hague, dari 19 hingga 26 Februari 2024.

Read more

MALAYSIA SOKONG GESAAN SETIAUSAHA AGUNG PBB SUPAYA GENCATAN SENJATA SERTA-MERTA DI GAZA

PUTRAJAYA: Malaysia menyokong gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menangani segera situasi meruncing di Gaza dan segera mengisytiharkan gencatan senjata kemanusiaan. Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri pada Jumaat, Malaysia memuji usaha Setiausaha Agung itu yang mahu membawa perkara itu kepada perhatian Majlis Keselamatan, selaras dengan mandat beliau mengikut Artikel 99 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

Read more

DAKWAAN RAKYAT MALAYSIA DITAHAN ISRAEL, WISMA PUTRA MINTA KETERANGAN DUA SELEBRITI

KUALA LUMPUR: Wisma Putra meminta dua individu tampil mengemukakan maklumat berhubung dakwaan seorang warganegara Malaysia yang ditahan pihak Israel. Dalam kenyataanya, individu-individu serta pemilik akaun Instagram @iesya_toh dan @nurhelizahelmi digesa untuk tampil memberi maklumat selepas Kementerian Luar Negeri tidak dapat menghubungi dua orang individu yang didakwa berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, yang dipercayai menghubungi dua selebriti terbabit untuk memaklumkan perkara

Read more