Tag Archives: Koronavirus

NOVEL KORONAVIRUS BUKAN PANDEMIK, PENTING TANGANI MAKLUMAT SALAH, KATA WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa mengatakan novel koronavirus belum menjadi pandemik,  justeru memerangi penularan “khabar angin atau maklumat palsu” kini menjadi sangat penting, lapor agensi berita Xinhua. Pengarah Persediaan Bahaya Penyakit Berjangkit Global WHO Dr Sylvie Briand pada satu taklimat di Geneva berkata WHO percaya wabak itu bukan pandemik, tetapi ia adalah wabak yang memberikan kesan pelbagai.  Kenyataan itu berdasarkan 78

Read more

HAMPIR 500 ORANG MATI AKIBAT KORONAVIRUS

BEIJING: Jumlah korban terkini akibat wabak koronavirus meningkat kepada 490 orang selepas pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan 65 lagi kematian hari ini. Dalam taklimat hari ini daripada Suruhanjaya Kesihatan di Hubei, peningkatan turut berlaku ke atas jangkitan terbaharu membabitkan 3,156 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 23,500 kes berdasarkan kepada perangkaan dikeluarkan kerajaan Persekutuan sebelum ini. Kes membabitkan koronavirus

Read more

KORONAVIRUS: 2.4 TAN METRIK BEKALAN UBAT-UBATAN DALAM PERJALANAN KE WUHAN

SEPANG: Pertubuhan bantuan Malaysia #OpsHarapan menghantar 2.4 tan metrik bekalan ubat-ubatan ke Wuhan bagi membantu menangani penularan  2019 Novel Koronavirus (2019-nCov) di China. Pengasasnya, Ng Yeen Seen berkata barangan terdiri daripada penutup hidung dan mulut pelbagai jenis, ‘gogel’ dan bekalan ubat-ubatan hasil sumbangan orang awam itu akan diangkut dengan penerbangan MH386 dari Kuala Lumpur ke Shanghai Pudong, malam ini. “Selepas kita lancarkan kempen Jumaat

Read more

KORONAVIRUS: MASJID TUMPUAN PELANCONG TERIMA PEMBERSIH TANGAN DAN TISU BASAH

KUALA LUMPUR: Prihatin dengan isu jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) dan sebagai langkah berjaga-jaga, kerajaan mengambil langkah mengagihkan pembersih tangan dan tisu basah kepada masjid yang menjadi tumpuan pelancong di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata ia merupakan antara usaha kerajaan bagi memastikan masjid tumpuan pelancong terpelihara daripada sebarang jangkitan koronavirus.   “Hari

Read more

KEDUTAAN MALAYSIA TERUS PANTAU BAKI RAKYAT MALAYSIA DI WUHAN

KUALA LUMPUR: Pihak kedutaan terus memantau rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan dan tidak menyertai misi pulang ke negara ini susulan penularan wabak 2019 Novel Koronavirus di China ketika ini, kata Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.  Nushirwan berkata, 34 rakyat Malaysia yang tidak menyertai misi pulang itu, sebilangannya dikenaplasti kerana faktor logistik selain ada memilih

Read more

KES PERTAMA WARGANEGARA MALAYSIA POSITIF NOVEL KORONAVIRUS 2019

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata satu lagi kes membabitkan seorang lelaki warganegara China berumur 63 tahun, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Jan lepas. “Bagi kes warganegara Malaysia,

Read more

KORONAVIRUS: PETA DIGITAL BANTU PENDUDUK KOREA SELATAN DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

SEOUL: Peta dalam talian yang menunjukkan bagaimana novel koronavirus merebak di seluruh negeri kini tular di Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.  Peta Corona (http://coronamap.site/), sebuah laman web yang dibangunkan oleh empat penuntut universiti, seorang daripanya menuntut di Universiti Kyunghee.  Laman web itu menunjukkan angka terbaru kes disahkan dan disyaki. Garis dan bulatan  ditandakan dengan warna berlainan, menunjukkan 15 orang

Read more

LANGKAH BERJAGA-JAGA KETIKA RAKYAT MALAYSIA TIBA DARI WUHAN

SEPANG: Pihak berkuasa Malaysia mengambil semua langkah berjaga-jaga apabila sekumpulan rakyat Malaysia yang dibawa dari Wuhan, China, yang dilanda wabak 2019 Novel Koronavirus, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) bersama-sama pasangan masing-masing dan anak mereka, yang sesetengahnya bukan rakyat Malaysia. Mereka tiba di tanahair pada pukul 5.57 pagi dengan pesawat khas AirAsia menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Peredaan Bencana (HADR) dikendalikan oleh kerajaan

Read more

KORONAVIRUS: 34 RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA BERADA DI WUHAN

PUTRAJAYA: Seramai 34 rakyat Malaysia yang sepatutnya dijadualkan pulang bersama 107 yang lain dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana hari ini terpaksa berada di Wuhan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kenyataannya berkata, sebilangan rakyat itu tidak dapat meninggalkan Wuhan kerana masalah logistik. “Sebab utama adalah mereka berada di luar bandar Wuhan dan kesukaran mendapatkan

Read more

RAKYAT MALAYSIA DARI WUHAN SELAMAT TIBA DI KLIA

SEPANG: Pesawat khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China yang dilanda wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV), selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi ini. Pesawat AirAsia yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada 5.57 pagi. Seramai 107 orang dibawa pulang melalui penerbangan khas itu yang berlepas dari Lapangan Terbang

Read more
« Older Entries Recent Entries »