Tag Archives: Koronavirus

MALAYSIA CATAT JANGKITAN KORONAVIRUS TEMPATAN PERTAMA, JUMLAH TERKINI 14 KES

PUTRAJAYA: Seorang wanita rakyat Malaysia, yang merupakan kes pertama jangkitan tempatan, dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).  Ia menjadikan jumlah individu disahkan positif koronavirus di Malaysia adalah 14 kes, iaitu 10 warganegara China dan empat rakyat tempatan.  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, bagi kes warga Malaysia berkenaan, wanita berumur 40

Read more

KORONAVIRUS: TPM MINTA SKUAD NEGARA JAGA KESELAMATAN DI MANILA

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan barisan pemain dan jurulatih ke Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Manila minggu depan supaya menjaga keselamatan dan kesihatan sebaik mungkin berikutan penularan novel koronavirus 2019. Beliau, yang juga merupakan Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), telah menyampaikan amanat tersebut ketika bertemu kontinjen negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Read more

WAKIL WHO PUJI TINDAKAN MALAYSIA TANGANI KORONAVIRUS

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV). Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura Dr Lo Ying-Ru berkata kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai. “Kami (WHO dan orang ramai) boleh

Read more

JUMLAH KORBAN AKIBAT KORONAVIRUS DI HUBEI MENINGKAT 549 ORANG

MOSCOW: Jumlah kematian akibat novel koronavirus di wilayah Hubei, China meningkat kepada 549 orang, kata Suruhanjaya Kesihatan Wilayah pada Khamis. Dalam tempoh 24 jam lalu, bilangan orang yang dijangkiti juga meningkat sebanyak 2,897 kepada 19,665. Lebih 630 lagi dibenarkan keluar hospital, lapor agensi berita Sputnik. Wabak koronavirus (2019-nCoV) pertama kali dikesan di bandar Wuhan di Hubei pada Disember, sejak itu

Read more

GM KLANG NAFI WUJUD KES KORONAVIRUS

SHAH ALAM: Pusat pemborong GM Klang menafikan berlakunya jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di gedung membeli-belah berkenaan seperti yang tular di media sosial. Jabatan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam GM Klang berkata perkara itu dipercayai tercetus susulan pengumuman dibuat oleh bahagian khidmat pelanggannya sebelum ini yang berkongsikan tentang langkah-langkah pencegahan koronavirus seperti disyorkan Kementerian Kesihatan (KKM). “Niat baik itu disalahertikan oleh sesetengah

Read more

KORONAVIRUS: EMPAT LAGI KES DISAHKAN DI SINGAPURA

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) telah mengesahkan empat lagi kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di republik itu yang turut membabitkan seorang bayi lelaki berusia enam bulan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif 2019-nCoV di Singapura ialah 28. Daripada empat kes itu, tiga dikaitkan dengan kluster jangkitan tempatan seperti yang diumumkan semalam manakala satu lagi adalah kes dari luar membabitkan

Read more

KORONAVIRUS: KOREA UTARA KETATKAN PEMERIKSAAN TERHADAP PELAWAT ASING

SEOUL: Korea Utara mengetatkan pemeriksaan terhadap pelawat asing sebagai sebahagian usaha mencegah novel koronavirus, lapor agensi berita Yonhap memetik media negara itu pada Isnin. Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), semua pelawat yang datang selepas 13 Jan perlu melalui pemeriksaan ketat dan saringan kesihatan yang menyeluruh. Kementerian Kesihatan Korea Utara “mengambil langkah yang perlu tepat pada masanya untuk menyekat penularan wabak

Read more

KANAK-KANAK WARGA CHINA SEMBUH DARIPADA KORONAVIRUS DI LANGKAWI

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan warga China yang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, Kedah bagi 2019 novel koronavirus (2019-nCov) dibenarkan pulang setelah sembuh dengan hasil ujian pengesanan ulangan bagi virus itu didapati negatif. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan malam ini berkata kes berkenaan menunjukkan bahawa jangkitan 2019-nCoV boleh dirawat dan pesakit boleh kembali sembuh sepenuhnya, sebagaimana banyak lagi kes lain

Read more

DUA RAKYAT MALAYSIA PULANG DARI WUHAN POSITIF KORONAVIRUS

PUTRAJAYA: Dua daripada 107 individu, yang tiba di tanah air Selasa pagi dari Wuhan, China menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) digerakkan kerajaan Malaysia, disahkan positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV). Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia kepada 12.  Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kes terbaharu ini melibatkan dua warga Malaysia iaitu seorang lelaki berusia

Read more

KORONAVIRUS: ENAM KES BAHARU DISAHKAN DI SINGAPURA, EMPAT JANGKITAN TEMPATAN

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan enam lagi jangkitan koronavirus di negara ini, dengan empat kes pertama jangkitan manusia-ke-manusia melibatkan rakyat tempatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah 24. Tiga kes tempatan ini melibatkan penduduk Singapura yang mempunyai kontak dengan pelancong dari tanah besar China baru-baru ini, manakala kes keempat, melibatkan pekerja domestik warga Indonesia, yang mempunyai kontak rapat dengan seorang daripada pesakit jangkitan tempatan, menurut

Read more
« Older Entries Recent Entries »