Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAK PERLU TUNGGU “PERJANJIAN ABAD INI” YANG DIPELOPORI AS: PM PALESTIN

DUNIA

TAK PERLU TUNGGU “PERJANJIAN ABAD INI” YANG DIPELOPORI AS: PM PALESTIN

RAMALLAH: Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada Ahad berkata negara itu menolak pelan damai yang dipelopori Amerika Syarikat (AS), atau lebih dikenali sebagai “Perjanjian Abad Ini,” lapor agensi berita China Xinhua.

Pelan itu adalah satu “projek AS yang kita tolak,” kata perdana menteri itu dalam satu majlis sambutan hari guru peringkat kebangsaan di bandar Ramallah, Tebing Barat.

“Kita tidak akan menunggu perjanjian itu, ia bakal terkubur sebaik sahaja dilahirkan jika diumumkan,” katanya.

“Washington tidak menemui rakan kongsi untuk pelan ini di Eropah, dunia Arab atau dalam kalangan rakyat Palestin,” kata beliau.

Pelan itu mempunyai dua bahagian iaitu ekonomi dan politik.

Pada 22 Jun 2019, pentadbiran Presiden Donald Trump mengeluarkan bahagian ekonomi yang bertajuk “Keamanan untuk Kemakmuran” manakala bahagian politik belum dikeluarkan.

Hubungan politik antara Palestin dan AS telah terjejas selepas Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember 2017. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading