TERKINI TURKI: CUBAAN RAMPASAN KUASA (dikemas kini 06.40 PM)
- Angka kematian meningkat kepada 161 orang, 1,440 cedera manakala 2,839 tentera ditahan kerana terlibat dalam cubaan rampasan kuasa.
- Angka kematian meningkat kepada 90 dalam cubaan rampasan kuasa di Turki.
- 1,563 askar ditahan.
- Angka kematian meningkat kepada 60 orang manakala 5 jeneral dan 29 kolonel ditahan.
- Menurut Presiden Palang Merah Turki, Kerem Kinik, 1,000 orang cedera; 800 di Ankara dan 200 di Istanbul.
- 754 ditahan rancang rampasan kuasa.
- Askar serah diri beramai-ramai di Jambatan Bosphorus, meninggalkan kereta kebal dan kawasan mereka.
- Erdogan menyalahkan Fethulleh Gulen, ahli politik yang menetap di Amerika menjadi dalang cubaan rampasan kuasa di Turki.
- 42 orang terbunuh; kebanyakannya dalam kejadian tembak-menembak.
- 2 letupan di Ankara.
- Subuh di Istanbul dicemari bunyi letupan. Masih belum jelas siapa berkuasa.
- Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul kembali beroperasi.
- Timbalan Perdana Menteri Turki, Mehmet Simsek berkata cubaan rampasan kuasa gagal dan kerajaan berkuasa sepenuhnya.
- Studio CNN Turki kembali beroperasi.
- Erdogan berkata beliau sanggup mati untuk negara dan bendera Turki yang menjadi maruahnya.
- Presiden Erdogan berkata beberapa orang pegawai tentera pelbagai pangkat telah ditangkap. Beliau juga berkata, hotel yang didudukinya di Marmaris ketika cubaan rampasan kuasa telah dibom selepas beliau meninggalkan lokasi berkenaan.
- Sekurang-kurangnya 5 orang awam mati ditembak di atas jambatan Bosphorus.
- Pesawat yang membawa Presiden Turki mendarat di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.
- Kedengaran letupan kemungkinan berdekatan jambatan Bosphorus disusuli bunyi tembakan, helikopter dan jet pejuang di Istanbul.
- Penyampai CNN Turki melaporkan mereka tidak tahu berapa lama lagi mereka boleh bersiaran kerana bangunan mereka telah dimasuki tentera. Tidak berapa lama kemudian, mereka menghentikan siaran dengan kamera masih beroperasi memaparkan studio yang kosong.
- Pegawai kanan kerajaan Turki berkata, rampasan ini didalangi oleh segelintir pihak dari Tentera Udara dan Polis Pedalaman.
- Stesen TV Turki, TRT yang diambil alih pada awalnya sebagai sebahagian dari langkah rampasan kuasa, telah dikuasai semula oleh kerajaan. Penyampai TV berkenaan kemudian berkata, dia dipaksa membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera.
- 3 pengeboman berlaku di luar bangunan Parlimen, Ankara.
- Unit Risikan Turki mengumumkan cubaan rampasan kuasa berakhir.
- Helikopter yang diguna dalam cubaan rampasan kuasa ditembak jatuh jet pejuang Turki F-16.
- 2 jambatan utama Istanbul; Bosphorus dan Fatih Sultan Mehmet dissekat tentera.
- Lapangan terbang Istanbul ditutup.
- Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan mengeluarkan kenyataan melalui Facetime, meminta rakyat turun ke jalanan. Beliau sendiri akan ke Dataran Ankara.
- Melalui beberapa saluran media, pihak tentera mengumumkan telah mengambil alih sepenuhnya Turki.