SEJAK akhir-akhir ini, kita sering dikejutkan dengan tindakan kumpulan atau individu tertentu yang mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera, agama persekutuan, dan kedudukan raja-raja Melayu.
Adakah mereka ini
cenderung kepada falsafah Malaysia yang bebas bangsa, agama dan raja berperlembagaan?
Adakah pertikaian ini
didasarkan kepada ketidakcenderungan mereka terhadap perlembagaan negara, atau
tindakan ini boleh dianggap sebagai anti perlembagaan?
Atau mereka keliru dengan
konsep dan falsafah affirmative action
dalam sosio-ekonomi, sosio-budaya, dan sosio-pendidikan ala Malaysia?
Jika dilihat dari sudut
akademik, tidak cenderung dapat ditafsir sebagai tidak menyukai sesuatu perkara
tetapi tidak mempunyai perasaan benci kepada perkara tersebut.
Sementara sikap anti
diterjemahkan dan direalisasikan melalui pemikiran dan tindakan kerana membenci,
menolak, dan menentang.
Pada kebiasaannya, setiap agama dan bangsa menggariskan bahawa sikap meluahkan kebencian tanpa batas untuk menyakiti golongan lain adalah sesuatu yang tidak bermoral dan melampau.
Tambah membimbangkan jika tindakan ini boleh mencalar keharmonian masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Rasanya tidak sukar untuk
memahami kesan penentangan kumpulan tertentu terhadap amalan kontrak sosial dan
pemuafakatan masyarakat yang sudah terjalin sejak sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan
lagi.
Kontrak sosial dan pemuafakatan masyarakat sudah terjalin sejak sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan lagi.
Persoalannya, mengapa
terdapat kumpulan tertentu yang menganggap perlembagaan negara sebagai tidak
adil sedangkan mereka mempunyai peluang yang sama dalam pembangunan ekonomi, bidang
pendidikan, bebas untuk berpolitik, dan mengamalkan budaya masing-masing tanpa
sebarang sekatan dan kekangan?
Adakah mereka tamak, jahil atau keliru?
Amat malang kepada negara
apabila ada kumpulan yang menuntut kecenderungan identiti kumpulan dengan
mempertikaikan hak keistimewaan golongan lain.
Lebih merisaukan apabila
kecenderungan ideologi kumpulan digunakan sebagai senjata untuk menghina dan menanamkan
sifat kebencian terhadap golongan yang diberi keistimewaan oleh perlembagaan.
Perlembagaan negara Malaysia bersifat adil kerana memberi peluang yang sama kepada rakyat dalam pembangunan ekonomi, bidang pendidikan, bebas untuk berpolitik, dan mengamalkan budaya masing-masing tanpa sebarang sekatan dan kekangan.
Sorotan dari situasi ini, adakah
golongan yang mempertahankan hak keistimewaan supaya tidak terhakis dan ternoda
layak digelar rasis, tidak bertamadun, dan jumud? Namun, inilah hakikatnya.
Lebih kurang 22 tahun lalu ketika negara berhadapan dengan revolusi politik, generasi muda didendangkan dengan sikap memaki hamun, propaganda dilunakkan dengan memperlekeh pemimpin, dan emosi dirangsang untuk menengking kumpulan yang berbeza ideologi.
Kesannya, sikap meluahkan kebencian menjadi
norma kehidupan masyarakat Malaysia sehingga ke hari ini.
Amat dikhuatiri jika perlakuan seperti
ini berterusan, aspirasi untuk melahirkan generasi pelapis yang berintegriti dan
saling hormat-menghormati akan cacat dan terencat.
Adakah ini rupa bentuk budaya
ketimuran yang Malaysia boleh banggakan dan promosikan kepada dunia untuk
dijadikan sebagai suri teladan?
Malaysia tidak boleh berbangga dan
dianggap berintegriti dengan hanya merujuk kepada aspek-aspek bebas rasuah,
pengurusan yang cekap, dan kemajuan ekonomi yang mampan.
Bagaimana pula dengan aspek keharmonian
antara kaum yang tergugat dan perasaan saling menghormati yang pincang?
Adalah tidak memadai untuk melihat rakyat
berbilang kaum yang berbangga dengan ikatan palsu melalui sambutan perayaan
keagamaan dan etnik yang diraikan bersama dengan gah dan penuh meriah.
Sebaliknya, dapat dirasakan dengan
jelas bahawa setiap kumpulan politik, kaum dan agama berasa cemas memikirkan
bilakah mereka akan dibaham oleh kumpulan yang bersaing.
Hubungan harmoni antara kaum akan terjejas apabila perasaan saling menghormati mula pincang.
Dari sudut kebebasan
beragama pula, adakah benar umat Islam negara ini terasa tercabar dengan
perkembangan suasana politik ketika ini?
Adakah umat Islam berada
dalam keadaan panik dengan pembaharuan yang bertubi-tubi dan melangkaui
pemikiran tradisional?
Agak sukar untuk dinilai
dan disimpulkan apa yang sebenarnya terjadi kerana semua pihak yang
berkepentingan mempunyai hujah dan kewajaran yang memukau dan menggoda.
Masing-masing ingin memikat
dan memerangkap pengikut dengan konsep, ideologi dan falsafah kumpulan.
Setiap kumpulan mendabik
dada bahawa mereka berada di pihak yang benar. Namun, dalam konteks negara yang
berkonsepkan melting pots, sudah
sewajarnya tindakan masyarakat homogeneous
matang tidak sepatutnya cuba menjentik butang panas yang boleh merobek semangat
saling mempercayai dan bergantungan antara satu sama lain.
Sementara Islam mengharamkan sikap tidak adil dan berfahaman sempit. Pada masa yang sama, Islam menggariskan batas keadilan dengan prinsip bahawa Islam adalah agama tauhid dan benar.
Maka setiap pencabulan terhadap
prinsip ini tidak sepatutnya diberi laluan mudah dan akan berhadapan dengan respons
yang tiada bertitik nokhtah.
Marilah kita fikirkan, di
mana keagungan falsafah ketauhidan dalam Islam dan kepatuhan kepada syariah
jika sekularisme dan liberalisme menjadi hala tuju negara?
Namun, perlukah kita bersikap anti dalam memperjuangkan kecenderungan identiti kumpulan sama ada kita berpegangan kepada ideologi agama, sekular atau ateis?
*Dr Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager