TOKOH WARTAWAN DATUK AHMAD A.TALIB MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Tokoh wartawan Datuk Ahmad A. Talib meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini pada 5.42 petang hari ini.

Allahyarham berusia 69 tahun meninggal dunia akibat kanser hati.

Berita sedih kematian bekas Pengarah Operasi Berita dan Editorial Kumpulan Media Prima Bhd (MPB) itu dikongsikan anak perempuan Allahyarham, Sophia Ahmad menerusi catatan di laman Facebook beliau.

Sophia turut memaklumkan jenazah akan dibawa ke Masjid Al Muqarrobin, Bandar Tasik Selatan untuk urusan pengebumian.

“Solat jenazah akan diadakan di lokasi sama. InsyaAllah, jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada hari ini juga. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham, moga Allah merahmati dan mengasihi roh beliau. Jazakallah,” menurut catatan itu. — BERNAMA

Leave a Reply