Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA AS DIGESA TINGGALKAN IRAN – KEDUTAAN AS

DUNIA

WARGA AS DIGESA TINGGALKAN IRAN – KEDUTAAN AS

Dalam satu amaran keselamatan yang dimuat naik di laman web rasminya, kedutaan itu memaklumkan bahawa rakyat AS perlu mempunyai pelan keluar yang tidak bergantung kepada bantuan kerajaan Amerika Syarikat

(Foto: AFP)

WASHINGTON: Kedutaan Maya Amerika Syarikat (AS) di Iran menggesa semua warganegaranya supaya meninggalkan negara itu segera sekiranya berkemampuan, di tengah-tengah situasi keselamatan yang semakin meruncing.

Dalam satu amaran keselamatan yang dimuat naik di laman web rasminya, kedutaan itu memaklumkan bahawa rakyat AS perlu mempunyai pelan keluar yang tidak bergantung kepada bantuan kerajaan Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan tersebut, beberapa gangguan serius sedang berlaku di Iran termasuk peningkatan langkah keselamatan, penutupan jalan, gangguan pengangkutan awam serta sekatan akses internet.

“Kerajaan Iran terus menyekat akses kepada rangkaian mudah alih, talian tetap dan internet nasional. Syarikat penerbangan juga masih mengehadkan atau membatalkan penerbangan masuk dan keluar dari Iran,” menurut kenyataan itu.

Kedutaan turut memberi amaran bahawa rakyat AS perlu bersedia menghadapi gangguan internet yang berterusan dan disarankan untuk merancang kaedah komunikasi alternatif. Sekiranya keadaan selamat, mereka juga digesa mempertimbangkan untuk keluar dari Iran melalui jalan darat ke Armenia atau Türkiye.

Amaran itu turut menyatakan bahawa warganegara AS berdepan risiko tinggi untuk disoal siasat, ditahan atau ditangkap oleh pihak berkuasa Iran. Sehubungan itu, mereka dinasihatkan agar mengelakkan sebarang demonstrasi.

Bagi mereka yang tidak dapat meninggalkan negara tersebut, kedutaan menasihatkan supaya mencari lokasi selamat di kediaman masing-masing atau di bangunan yang dianggap selamat, selain memastikan bekalan keperluan asas seperti makanan, air dan ubat-ubatan mencukupi. – Alhijrah Online

Kedutaan Maya Amerika Syarikat (AS) di Iran menggesa semua warganegaranya supaya meninggalkan negara itu segera sekiranya berkemampuan, di tengah-tengah situasi keselamatan yang semakin meruncing.

Dalam satu amaran keselamatan yang dimuat naik di laman web rasminya, kedutaan itu memaklumkan bahawa rakyat AS perlu mempunyai pelan keluar yang tidak bergantung kepada bantuan kerajaan Amerika Syarikat.

Menurut kenyataan tersebut, beberapa gangguan serius sedang berlaku di Iran termasuk peningkatan langkah keselamatan, penutupan jalan, gangguan pengangkutan awam serta sekatan akses internet.

“Kerajaan Iran terus menyekat akses kepada rangkaian mudah alih, talian tetap dan internet nasional. Syarikat penerbangan juga masih mengehadkan atau membatalkan penerbangan masuk dan keluar dari Iran,” menurut kenyataan itu.

Kedutaan turut memberi amaran bahawa rakyat AS perlu bersedia menghadapi gangguan internet yang berterusan dan disarankan untuk merancang kaedah komunikasi alternatif. Sekiranya keadaan selamat, mereka juga digesa mempertimbangkan untuk keluar dari Iran melalui jalan darat ke Armenia atau Türkiye.

Amaran itu turut menyatakan bahawa warganegara AS berdepan risiko tinggi untuk disoal siasat, ditahan atau ditangkap oleh pihak berkuasa Iran. Sehubungan itu, mereka dinasihatkan agar mengelakkan sebarang demonstrasi.

Bagi mereka yang tidak dapat meninggalkan negara tersebut, kedutaan menasihatkan supaya mencari lokasi selamat di kediaman masing-masing atau di bangunan yang dianggap selamat, selain memastikan bekalan keperluan asas seperti makanan, air dan ubat-ubatan mencukupi. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading