WUHAN JANGKA 1,000 LAGI KES KORONAVIRUS: DATUK BANDAR

SIDANG AKHBAR OLEH PEJABAT PENERANGAN KERAJAAN RAKYAT DI WILAYAH HUBEI, WUHAN, SEMALAM – SUMBER FOTO: AGENSI BERITA XINHUA

WUHAN: Kes Novel Koronavirus di Wuhan, ibu kota Wilayah Hubei, dijangka meningkat 1,000 kes lagi ketika lebih banyak kes disahkan, kata Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang dalam sidang media semalam dipetik agensi berita Xinhua.

Sehingga jam 12 tengah hari waktu tempatan Ahad, sebanyak 618 kes disahkan di bandar itu dengan 40 kes stabil dan 45 kematian dicatatkan.

Zhou berkata 533 kes sedang dirawat di hospital dengan 87 kes dalam keadaan teruk dan 53 kes kritikal.

Bandar itu kita mempunyai 2,000 kes yang disyaki dijangkiti wabak itu dan 643 kes di bawah pemantauan di wad.

“Pengalaman lepas menunjukkan kira-kira 45 peratus daripada kes boleh menjadi kes positif jangkitan selepas ujian,” kata Zhou.

Datuk Bandar Wuhan itu berkata lebih banyak kes akan stabil dengan 80 kes sembuh tapi masih di bawah pemerhatian hospital.

Sebelas petugas perubatan yang disyaki dijangkiti menunjukkan keputusan negatif dalam ujian terkini novel koronavirus dan dibenarkan pulang. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply