Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ZULKIFLI JUMPA KUMPULAN LGBT DALAM MASA TERDEKAT

DALAM NEGARA

ZULKIFLI JUMPA KUMPULAN LGBT DALAM MASA TERDEKAT

Sebahagian aktiviti program Mukhayyam kelolaan JAKIM untuk golongan LGBT

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bertemu kumpulan-kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta aktivis dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Albakri, pihaknya merancang agar pertemuan itu diadakan dalam masa terdekat.

Kata Zulkifli, perjumpaan itu bagi membincangkan isu-isu berkaitan komuniti berkenaan.

“Pendekatan (yang ada) cukup baik, kita berbincang dan kita ingin tahu apa permasalahan (mereka) di samping kita kemukakan beberapa solusi. Saya juga mengambil kesempatan untuk memberi sedikit bantuan kepada mereka insha Allah.”

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menurut Zulkifli lagi, pihaknya terbuka untuk menyelami permasalahan golongan berkenaan, namun mereka perlu akur dan patuh batasan dalam masyarakat, keluarga dan kejiranan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan majmuk.

Sebahagian aktiviti program Mukhayyam kelolaan JAKIM untuk golongan LGBT

Bulan lalu Zulkifli dilapor memberi ‘lesen penuh’ kepada penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan terhadap golongan transgender, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kenyataan itu bagaimanapun dikecam Suruhanjaya Pakar Undang-Undang Antarabangsa (ICJ) yang menggesa arahan itu dibatalkan, kononnya bagi memastikan perlindungan yang sama dan tiada diskriminasi terhadap golongan LGBT. / AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: Menteri agama mahu jumpa segera dengan LGBT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading