1,671 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA DALAM TEMPOH 10 TAHUN – JIPS BUKIT AMAN
Dalam tempoh itu juga 15,546 pegawai dan anggota dikenakan pelbagai hukuman tatatertib, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuka serta melaksanakan siasatan yang melibatkan 40,436 kertas siasatan tatatertib (KST) dan kertas enkuiri tatatertib (KET).
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad ditemui media selepas Majlis Sambutan Satu Dekad JIPS di Bukit Aman hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 1,671 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan hukuman buang kerja atas pelbagai kesalahan sejak 2014 hingga Jun tahun ini, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.
Beliau berkata dalam tempoh itu juga 15,546 pegawai dan anggota dikenakan pelbagai hukuman tatatertib, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuka serta melaksanakan siasatan yang melibatkan 40,436 kertas siasatan tatatertib (KST) dan kertas enkuiri tatatertib (KET).
“Bagi pelaksanaan teras pematuhan, dari semasa ke semasa kira-kira 10,000 hingga 20,000 petugas dipantau dan diperiksa secara langsung oleh Cawangan Pematuhan JIPS selaku badan pemerhati,” katanya ketika berucap pada sambutan satu dekad penubuhan JIPS di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Azri berkata keutamaan pemantauan adalah ke atas petugas barisan hadapan yang berurusan secara langsung dengan masyarakat, iaitu bagi memastikan mereka melaksanakan tugas dengan mematuhi undang-undang, peraturan, arahan dan prosedur operasi standard.
“Mana-mana pegawai yang dikesan melakukan salah laku akan diambil tindakan sewajarnya. Prinsip asasnya, semakin kerap pemeriksaan dibuat, semakin tinggi tahap pencegahan,” katanya.
Azri berkata sepanjang tahun lepas 19,352 pegawai dan anggota diperiksa dengan 1,396 orang dikesan melakukan pelbagai kesalahan salah laku, manakala bagi tahun ini pula 11,221 pegawai dan anggota diperiksa dalam tempoh Januari hingga Jun lepas dengan 689 orang dikesan melakukan pelbagai salah laku.
Beliau berkata Cawangan Risikan dan Operasi JIPS yang berperanan utama sebagai unit pengesanan dan pengesahan juga telah melaksanakan ribuan operasi dan membuat tangkapan ke atas 798 orang pegawai polis yang dipercayai terlibat dengan pelbagai kesalahan seperti judi, dadah dan kunjungan ke pusat hiburan yang tidak wajar.
Dalam tempoh 10 tahun, beliau berkata JIPS menerima serta mengendalikan hampir 50,000 aduan dan maklumat khasnya berkaitan isu rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked