Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

44 PELARIAN AFGHANISTAN DIHALAU PULANG

DUNIA

44 PELARIAN AFGHANISTAN DIHALAU PULANG

KABUL : Sekumpulan 44 orang pencari suaka yang gagal mendapatkan perlindungan tiba di Kabul selepas dihantar pulang dari Jerman hari ini, demikian menurut agensi.

Kumpulan tersebut merupakan kumpulan ke-28 yang dihantar pulang sejak Disember 2016 dimana ianya melibatkan 720 orang.

Cara pengusiran seperti itu menjadi antara kontroversi terhangat di Berlin dimana pengkritik menyifatkan tindakan tersebut adalah terlalu merbahaya. Menurut mereka, menghantar semula pelarian ke negara asal yang dilanda perang adalah tidak berperikemanusiaan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa orang awam sentiasa menjadi sasaran kumpulan militan Taliban dan Daesh. Konflik ini telah mengakibatkan kematian seramai 1,366 orang termasuk kanak-kanak antara Januari dan Jun tahun ini. — Agensi


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading