BOT KARAM, 18 ORANG DIKHUATIRI HILANG

Antara pemancing yang berada di atas bot yang dilaporkan karam di Langkawi petang tadi.
– Sumber gambar: Media sosial

LANGKAWI: Seramai 18 individu dikhuatiri hilang selepas bot pancing yang mereka naiki dilaporkan karam pada kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi, hari ini.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, bot terbabit yang dipercayai membawa 4 orang kru bersama 14 orang pemancing dipercayai karam sekitar jam 2 petang.

Menurut Mohd Zawawi sebaik menerima laporan, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (carilamat).

Katanya, beberapa aset telah di gerakkan antaranya KM Tenggol, Bot Perkasa 1225 dan Bot Penyelamat 5.

ARTIKEL BERKAITAN (TERKINI) – 14 PEMANCING, EMPAT KRU DISELAMATKAN BOT NELAYAN

Jelas beliau, operasi carilamat turut dibantu dan maklumat kejadian turut disalurkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta nelayan setempat.

Katanya, operasi pencarian diperluaskan daripada 5 batu nautika hingga ke 10 batu nautika berikutan penemuan beberapa objek timbul seperti tong ikan, tin biskut dan gabus yang dipercayai milik bot berkenaan.

Penemuan barangan tersebut adalah pada jarak 4.8 batu nautika, barat daya dari posisi akhir bot berkenaan dilaporkan hilang.

Sehingga kini pencarian masih dilakukan bagi mengesan bot terbabit. – AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply