Cabaran mental dan fizikal buat petugas barisan hadapan yang turut berdepan risikojangkitan COVID-19
Ramai terkejut, tersentak malah sukar menerima kenyataan apabila kes baharu positif COVID-19 sejak seminggu lalu mencecah hampir 700 kes sehari. Pernah terbayang? Sama ada telah dijangka atau tidak disangka, itulah hakikat sebenar yang melanda tanah air tercinta, pada tahun 2020 ini.
Baru tadi, Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan menerusi sidang medianya, melaporkan terdapat 589 kes baharu hari ini, dengan tiga kematian. 409 lagi kes sembuh, paling tinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara.
Di mana silapnya? Adakah rakyat terlalu selesa ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hingga 31 Disember 2020 di seluruh negara, dan menganggapnya ‘lesen’ untuk segala bentuk aktiviti masyarakat seakan-akan kembali seperti biasa? Bagaikan tiada langsung COVID-19 di Malaysia.
Penulis teringat, pernah negara merekodkan hanya satu kes baharu sahaja, itu pun kes import atau bukan penularan dalam negara. Perasaan ketika itu amatlah bersyukur kerana bagaikan telihat ‘cahaya di hujung lorong’ untuk kes COVID-19 di Malaysia.
Malaysia juga disebut-sebut di peringkat global sebagai sebuah negara yang berjaya hampir melandaikan lengkung yang dihasratkan dunia.
“Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.”
Peribahasa Melayu
Negara kembali bergelumang dengan sekecil-kecil makhluk Allah itu apabila bilangan kes positif baharu hari demi hari konsisten tiga angka.
Bukan seratus lebih, bukan dua ratus lebih. Lebih 500 kes baharu setiap hari itu bagaikan kelaziman baharu buat Malaysia sejak kebelakangan ini.
Kluster demi kluster wujud, siri kematian juga meningkat. Pernah satu ketika, tiada langsung kematian dicatatkan dalam negara selama 23 hari berturut-turut. Namun kini, setiap hari ada sahaja yang meninggal dunia.
Merekod suhu, kelaziman baharu yang dilakukan setiap hari oleh rakyat Malaysia.
Dari Kedah, Sabah, kini di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan hampir seluruh negara kini ada sahaja kes positif yang dilapor.
Di mana kita perlu menuding jari? Atau lihat cermin pandang diri sendiri. Belum boleh bernafas lega, hari-hari didengar pelbagai kluster.
Pilihan raya penentu kuasa, jangan sampai rakyat merana. Di laman sosial rakyat bersuara. Tak kira Facebook mahu pun Twitter.
Tidak dapat dinafikan, luahan kekecewaan terhadap senario politik negara ketika pandemik sedang membelenggu. Ketika negara bertarung nyawa, datang pula pilihan raya, tidak peduli wabak bencana, rakyat mengundi memberi kuasa.
Sumber imej: Twitter @timahtians
Usai pilihan raya, muncul pelbagai kluster. Dari dalam tembok penjara, COVID-19 terus bermaharajalela. Pusat beli belah hingga ke sekolah. Adakah Malaysia mula mengalah?
Penulis sering mencongak, sampai bila tiga angka ini akan berpanjangan, memandangkan belum ada tanda-tanda yang menjanjikan kecenderungan untuk bilangannya berkurangan.
Beberapa pusat beli belah kini mula merekodkan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kakitangannya.
Bimbang situasi akan lebih memburuk, memaksa rakyat kembali terperuk, dek penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kata orang, apa pun, semuanya bermula dari diri kita sendiri. Ambillah iktibar di atas apa yang berlaku. Virus pembunuh ini berlegar-legar di sekeliling kita tanpa dapat kita melihatnya.
Sesungguhnya COVID-19 selain menjadi pembunuh, ia juga ‘mendidik’ kita dalam pelbagai perkara. Lebih-lebih lagi soal disiplin, kebersihan dan yang lebih utama, mendekatkan diri kita kepada Allah yang Maha Pencipta.
Perangai.
Rakyat Malaysia, tidak kira pelbagai peringkat latar belakang, kepercayaan, warna kulit, malah ideologi politik sekali pun harus bersatu hati dan mengambil iktibar tentang apa yang sedang berlaku ketika ini.
Patuhlah nasihat-nasihat perkara asas dalam kelaziman baharu, agar rantaian COVID-19 dapat diputuskan. Perkara asas, kalau sukar diamalkan, apa lagi yang boleh kita buat?
COVID-19 juga mendidik sikap. Menguji kesabaran, sejauh mana kita dengan iman kita mampu mendepani ujian ini.
Ingat, jangan terlalu yakin negara boleh kembali pulih dalam masa singkat. Ekonomi negara perlu bertahan. Vaksin yang dinanti-nanti masih belum berkunjung tiba.
Tiga angka kes positif setiap hari sebenarnya menakutkan. Cukupkah peralatan kecemasan? Cukupkah bekalan ubat-ubatan? Katil? PPE? Doktor dan jururawat?
Kos segalanya bagaimana? Renungilah, kalau tiga angka berterusan, mungkin sampai masa bilangan positif COVID-19 cecah empat angka? Tidak mustahil, bukan? – AlHijrah Online / Ardi Herman Mohd Mardzi
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked