Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GUNUNG BERAPI DI PAPUA NEW GUINEA MELETUS

DUNIA

GUNUNG BERAPI DI PAPUA NEW GUINEA MELETUS

KOKOPO : Gunung berapi Ulawun di Papua New Guinea dilaporkan meletus awal pagi ini menyebabkan penduduk terpaksa berpindah.

Menurut Penolong Pengarah, Rabaul Volcano Observatory, Ima Itikarai, aktiviti seismik bermula tengah hari semalam sebelum gunung berapi terbabit meletus pada kira-kira jam 4.30 pagi (waktu tempatan) hari ini.


“Letusan kelihatan dengan cahaya merah pijar naik kurang 100 meter dari dasar,” katanya.


Menjelang subuh, asap kelabu mula kelihatan naik beberapa ratus meter memenuhi ruang udara sementara penduduk tempatan, Chris Lagisa berkata mereka boleh mendengar bunyi gas dan lava mengalir.
Terletak di gugusan pulau terpencil Bismarck, Gunung berapi Ulawun menyebabkan kira 7,000 hingga 13,000 orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka ketika ia meletus pada Jun lalu.


Sementara itu, pegawai Pusat Bencana West New Britain berkata, kebanyakan penduduk terjejas akibat letusan terdahulu masih tinggal di pusat pemindahan namun beberapa penduduk yang kembali ke kediaman mereka berhampiran gunung berapi itu terpaksa dipindahkan semula.


Termasuk dalam senarai ‘Decade Volcanoes’, Gunung berapi Ulawun antara paling bahaya di dunia kerana berisiko meletus dengan kuat dan ganas. – Agensi


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading