HAD TETAMU AKAD NIKAH SEHINGGA 250 ORANG

KUALA LUMPUR: Jumlah tetamu yang dibenarkan untuk hadir pada majlis akad nikah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah seramai 250 orang bukannya 20 orang seperti dianggap kebanyakan orang ramai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bakal pengantin boleh menjemput tetamu sehingga 250 orang tidak kira majlis penikahan diadakan di masjid, dewan atau rumah.

“Ramai yang keliru masih lagi menganggap untuk akan nikah 20 tetamu seperti kita putuskan dulu.

“Sebenarnya majlis akad nikah sama ada di dalam masjid, dewan, rumah dan sebagainya boleh mengundang tetamu tidak melebihi 250 orang,” kata Ismail Sabri pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun Ismail Sabri berkata jumlah tetamu tetap tertakluk kepada had dan kapasiti lokasi akad nikah dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti penjarakan sosial.

Jelas Ismail Sabri kebenaran had tetamu sehingga 250 orang juga terpakai untuk majlis perkahwinan bagi agama lain. — AlHijrah Online / Zaim Zamani

Leave a Reply