BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan harga barangan keperluan termasuk sayur dan ayam akan kembali stabil dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, ketika ini harga sudah menunjukkan penurunan dan ia disebabkan beberapa faktor antaranya keadaan cuaca di tempat pengeluaran sayur.
Rosol berkata, langkah yang diambil kerajaan melalui pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) juga turut membantu menyelesaikan masalah rakyat yang terkesan ekoran kenaikan harga barangan ketika ini.
“Satu berita gembira untuk saya umumkan di sini bahawa harga barang sudah mula stabil, harga sayur sudah menunjukkan penurunan dan ini mungkin disebabkan beberapa faktor berkaitan antaranya mungkin sebab kita adakan PJKM ini.
“Disamping itu, keadaan cuaca dah mula baik di tempat pengeluaran sayur dan mungkin juga kerana kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sudah import ayam dari negara luar ,dan ini mungkin punca yang menjadikan harga barang kembali stabil,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang dilancarkan sejak 2 Disember lepas, Rosol berkata, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat yang rata-rata mahu program itu diteruskan.
Rosol berkata, program PJKM ini adalah kaedah penyelesaian jangka pendek susulan kenaikan harga barangan namun pihaknya akan terus melaksanakan program ini bergantung kepada situasi semasa.
“Jangkaan kita (harga stabil) akan kembali dalam bulan Januari atau Februari, jadi kita akan lakukan program ini sampai Mac, tetapi kalau keadaan dah mula stabil, maka program ini mungkin tidak akan disambung lagi.
“Kita akan pantau dari semasa ke semasa yang penting rakyat tidak terkesan dengan apa yg berlaku (kenaikan harga barang),” katanya.
Dalam pada itu, Rosol berkata sehingga kini, PJKM sudah dilaksanakan di 15 daripada 222 buah kawasan Parlimen di seluruh negara dengan nilai jualan mencecah setengah juta ringgit.
Jumlah kehadiran juga menggalakkan apabila sejumlah 28,000 pengunjung direkodkan di semua lokasi PJKM sebelum ini.
Beliau berkata program yang dijalankan di 222 buah kawasan parlimen seluruh negara itu adalah tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
Seramai 2,226 pegawai penguatkuasa dan kira-kira 1,000 pegawai pemantau harga KPDNHEP akan terus melakukan pemantauan dan pemeriksaan di lapangan terutamanya untuk memastikan peniaga mematuhi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
Rosol berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan walkabout di tapak PJKM di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, Pulau Pinang hari ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked